Punca-punca dan Kesan-kesan Negatif Kedatangan Pekerja Asing

Source: http://88karangan.com/karangan-14/

Negara ini dikatakan syurga buat rakyat asing untuk mencari rezeki terutama mereka dari Indonesia, Nepal, Myammar dan Vietnam. Kehadiran mereka bukan dalam ratusan tetapi dalam jutaan orang yang memenuhi seluruh pelosok negara. Kehidupan pekerja asing ini juga telah menjadi satu “trend” dalam penyiaran berita di dalam media massa yang mampu memberikan satu pandangan tentang kepentingan mereka dalam kehidupan masyarakat kita sekarang. Oleh itu, kefahaman tentang punca-punca kehadiran mereka dan kewujudan pelbagai kesan negatif akibat kemunculan mereka harus diteliti.

Punca ketara yang mendorong pekerja asing meredah lautan dan daratan datang ke negara ini ialah keadaan ekonomi di negara mereka yang jauh berbeza daripada pertumbuhan positif ekonomi yang dialami oleh negara kita. Keadaan ini menyebabkan peluang kerja yang begitu banyak di negara ini mendorong mereka hadir dengan begitu ramai. Negara mereka yang tiada prospek ekonomi menyebabkan kehidupan susah tetapi apabila mereka datang ke negara ini kemungkinan untuk mereka mendapat kerja dan berjaya dalam hidup masih ada. Jadi, keadaan ekonomi yang berbeza antara Malaysia dengan negara mereka membawa mereka sanggup merantau ke sini.

Dasar kerajaan kita yang membuat perjanjian dengan negara-negara jiran seperti Indonesia, Bangladesh dan juga Myammar untuk memudahkan kehadiran rakyat negara itu ke sini telah mendorong kehadiran mereka. Sikap terbuka kerajaan menerima kedatangan pekerja asing ini menjadikan Malaysia salah satu destinasi yang penting untuk penghijrahan manusia mencari kerja. Wujud pelbagai kemudahan yang disediakan oleh pihak Malaysia dan negara mereka seperti pemeriksaan kesihatan dan pemberian permit kerja menjadikan negara ini syurga buat mereka. Maka, dasar kerajaan yang terbuka terhadap pengambilan pekerja asing telah menyebabkan mereka sanggup datang ke sini.

Namun dalam masa yang sama, dasar mengutamakan pekerja asing ini telah membuatkan peluang kerja kepada masyarakat tempatan terutama golongan muda terhad. Salah satu kelebihan pekerja asing ialah kadar gaji yang lebih rendah daripada pekerja tempatan dan keadaan ini sudah pasti lebih diminati oleh majikan yang mengutamakan keuntungan sahaja. Persaingan yang tidak sihat ini menjadikan rakyat tempatan tidak mempunyai kerja tetapi penduduk negara lain pula yang dapat mencari rezeki di negara ini. Jelaslah, kehadiran pekerja asing menyebabkan banyak peluang kerja kepada penduduk tempatan tertutup.

Ada juga pihak yang mengaitkan kehadiran pekerja asing dengan peningkatan kadar jenayah terutama di kawasan bandar. Walaupun maklumat ini sukar untuk dipastikan kebenarannya tetapi keadaan pekerja asing yang tidak mempunyai apa-apa itu memungkinkan mereka terjebak dalam kegiatan jenayah memang tidak boleh diragukan. Sudah menjadi lumrah manusia bahawa pasti ada segelintir ahli masyarakat yang bertindak di luar batas perundangan termasuklah dalam kalangan pekerja asing ini kerana setiap manusia mempunyai masalah peribadi tersendiri. Lantaran itu, peningkatan jenayah di negara ini sering dikatakan berpunca daripada jumlah pekerja asing yang terlalu ramai itu.

Salah satu impak negatif yang paling besar pengaruhnya ialah pengaliran keluar wang negara kerana setiap bulan jutaan ringgit dihantar kepada keluarga pekerja asing yang tinggal di negara asal mereka. Penghantaran wang gaji yang sepatutnya digunakan untuk memajukan ekonomi dalam negara telah digunakan pula untuk menghidupkan ekonomi negara asal mereka yang sudah lembap pertumbuhan ekonominya itu. Lama-kelamaan negara akan mengalami masalah besar kerana wang yang dihasilkan di negara ini digunakan untuk menyokong aktiviti kehidupan masyarakat di negara yang lain pula. Oleh itu, semakin ramai pekerja asing di sini semakin banyaklah wang negara mengalir keluar begitu sahaja setiap bulan.

Kesimpulannya, isu pekerja asing ini perlu menggunakan satu kaedah yang lebih telus dan sistematik. Penerimaan pekerja asing hendaklah dilakukan dalam sektor-sektor ekonomi yang tidak lagi diminati oleh pekerja tempatan dan satu had masa dikenakan kepada setiap pekerja asing untuk bekerja di negara ini. Kerajaan juga perlu menyediakan satu badan khas yang mengawasi setiap perkembangan pekerja asing ini seperti membuat laporan akan keperluan mereka setiap 3 bulan sekali. Kita memang memerlukan pekerja asing tetapi rakyat tempatan harus diutamakan terlebih dahulu.

Langkah-langkah Mengatasi Isu Pengangguran

Source: http://88karangan.com/karangan-11/

Kegawatan ekonomi menyebabkan jumlah penganggur di negara ini meningkat dengan begitu ketara sekali sehingga menimbulkan kebimbangan semua pihak. Jumlah penganggur yang tinggi membuktikan kegagalan pihak kerajaan untuk mengatasi kemelut yang melanda ekonomi negara kerana terlalu bergantung kepada perkembangan ekonomi negara luar seperti Amerika Syarikat. Pihak media massa turut menyiarkan program yang menceritakan pengalaman penganggur untuk berjaya dalam hidup menjadi bukti bahawa polemik pengangguran di negara ini mula menjadi isu politik juga. Sebenarnya, ada banyak langkah yang boleh diambil oleh pelbagai pihak untuk mengatasi masalah pengangguran ini jika mereka mahu bertindak.

Langkah awal ialah kerajaan harus memberikan bantuan kewangan yang mampu memberi rangsangan kepada ekonomi untuk berkembang dengan pesat. Bantuan kewangan ini perlulah besar yakni menelan berbilion ringgit supaya lebih banyak projek pembangunan dijalankan secara serentak. Apabila semua projek pembangunan dijalankan serentak sudah pasti jumlah pekerja yang diperlukan ramai dan semua orang berpeluang untuk bekerja. Pakej kewangan ini hendaklah diuruskan oleh kerajaan dengan bijak melalui pemilihan projek ekonomi yang boleh mencambahkan lebih banyak aktiviti ekonomi sampingan seperti ekonomi berasaskan teknologi dan penyelidikan tinggi. Jelaslah, ekonomi negara akan pesat membangun jika kerajaan menyediakan pakej bantuan kewangan yang banyak untuk mewujudkan peluang pekerjaan.

Pakej kewangan yang besar ini boleh diikuti dengan pengenalan pelbagai insentif baru kepada ahli-ahli perniagaan terutama pembinaan lebih banyak kawasan industri dan pemberian bebas cukai kepada industri yang tidak membuang pekerjanya. Pelbagai insentif ini mampu menguatkan semangat kepada ahli perniagaan untuk mencuba melakukan sesuatu yang baru dalam perniagaannya dan juga mengharungi cabaran kegawatan ekonomi dengan lebih terbuka dan rasional kerana menyedari bahawa pihak kerajaan berusaha untuk menyelamatkan mereka juga. Semua idea baru yang diperkenalkan sudah pasti mampu memberikan suntikan kepada ahli perniagaan untuk meneruskan kerja mereka tanpa perlu membuang pekerja sebaliknya mereka mungkin memerlukan lebih ramai pekerja untuk mengambil kesempatan yang wujud itu. Maka, kerajaan perlu memberikan idea-idea baru yang mampu memudahkan ahli perniagaan untuk menjalankan peranan mereka dengan lebih efektif.

Selain itu, usaha untuk memperkenalkan negara harus ditingkatkan oleh kerajaan menerusi pameran dan kunjungan rombongan ekonomi ke negara-negara lain. Lawatan sebegini menyebabkan lebih banyak negara luar menyedari kelebihan dan kepentingan mendirikan perniagaan di Malaysia berdasarkan maklumat yang tepat diperoleh daripada ahli-ahli rombongan ini. Kemasukan lebih banyak model asing ke negara ini sudah pasti mampu menjana lebih banyak aktiviti ekonomi bersama-sama dengan pakej ekonomi yang sebelum ini ditawarkan oleh kerajaan untuk mengatasi masalah ekonomi. Hal ini membuktikan bahawa usaha memperkenalkan negara ke mata dunia amat penting terutama jika semua rombongan ini digunakan dengan sebaik mungkin dan tidak hanya sebagai satu lawatan sahaja.

Pihak swasta pula terutama ahli perniagaan turut mempunyai peranan tersendiri yakni mereka perlu sanggup berkorban ketika negara mengalami masalah kegawatan ekonomi ini. Pengorbanan mereka itu boleh dijelmakan dalam bentuk mengurangkan gaji atau ganjaran buat mereka dalam bentuk bonus dan sebagainya supaya wang itu boleh digunakan untuk memastikan syarikat terus wujud lalu tidak membuang pekerja yang boleh menambahkan jumlah pengangguran. Kehidupan mereka yang sudah lama hidup mewah perlu dikorbankan demi kemajuan negara pada masa hadapan kerana jika mereka masih mengaut keuntungan menerusi gaji dan bonus yang tinggi sudah pasti syarikat mereka akan kekurangan sumber kewangan untuk mengharungi zaman kemelesetan ini. Oleh itu, pihak swasta harus juga memikirkan orang lain dan tidak hanya mamu menyelamatkan diri mereka sahaja dalam kegawatan sebegini.

Manakala pihak individu pula harus lebih positif mengharungi kegawatan ekonomi ini dengan cuba meningkatkan lagi kemahiran diri mereka seperti menyambung belajar, mengambil kursus jangka pendek dan meningkatkan prestasi diri. Sikap suka meningkatkan kebolehan diri memastikan seseorang pekerja itu terus dihargai oleh syarikat dan kemungkinan untuk dibuang kerja amat tipis. Malah, jika mereka dibuang kerja pun, golongan yang positif seperti ini akan mudah menerima kerja baru kerana mereka memiliki kemahiran lain yang sudah pasti diperlukan oleh syarikat lain pula atau mungkin mereka boleh bekerja sendiri berdasarkan pengalaman mereka sebelum ini. Lantaran itu, semua orang harus melihat pendidikan sebagai satu proses jangka masa panjang dalam hidup seseorang itu dan tidak menganggap pelajaran tamat selepas meninggalkan bangku sekolah sahaja.

Kesimpulannya, masalah pengangguran ini memang boleh mencetuskan ketidakstabilan jika negara gagal mengawalnya dengan baik berdasarkan pengalaman negara-negara jiran kita terutama di Indonesia. Pihak kerajaan bersama-sama swasta perlu menyedari betapa pentingnya sikap bekerjasama untuk memulihkan ekonomi negara dalam masa yang terdekat ini. Tanpa kerjasama masalah ekonomi akan terus wujud lalu menimbulkan banyak masalah kepada rakyat untuk mencari peluang kerja yang baik terutama golongan muda yang baru sahaja keluar dari sekolah.

星‧观点 – 做好准备落实消费税

Source: http://opinions.sinchew.com.my/node/35981?tid=16

消费税铁定於4月1日落实,届时所有需徵税商品將一律缴付6%消费税,消费人所购商品价格愈高,需缴交的税额也愈多,这项徵税措施引起消费人和商家的反对声浪,是预料中的事。不过,国內贸易、合作社及消费部宣称,为了防范商家胡乱涨价牟利,贸消部將在消费日落实的第二天,便动员2千名执法官员到全国展开大型取缔行动,此举恐有置喙余地。

目前距离落实日期仅剩4天,但还有一些商家对於甚么商品或服务需要或不需要消费税的標准,感到混淆不清,例如香烟和酒类分销及零售商,还不能確定新价计算方法,这说明价格机制还欠妥善,有关当局须加强宣传工作,让商家清楚瞭解所有可被徵税或零消费税商品的项目。

市场上目前会出现消费人抢购必需品热潮和囤货现象,多少也是因为对徵税商品种类有错误的理解。

事实上,消费税推行后,並非所有商品都会涨价。相反的,一些商品反而会跌价或价格维持不变,例如一些目前被徵收10%销售税的商品如衣服、家具、汽车等,预料价格將会下跌,因为消费税只徵收6%,较原来的10%销售税及服务税来得低。要消除人们对消费税的迷思,政府应提供消费人完整的消费税资讯。

落实消费税初期,必会出现各种问题,有关当局必须为消费税的落实作好全面准备,例如给商家提供消费税指南,让他们充份瞭解徵税和零消费税的商品项目。此外,也须作好准备应对消费人的投诉和协调工作。

更重要的是,商家若是浑水摸鱼,乘机哄抬物价或服务收费,固然该受惩处,但消费税落实初期难免出现混乱,消费人和商家都需要至少两个月时间適应。因此,政府在监督商品价格之余,应给予商家缓衝期,贸消部执法人员若在第二天便展开大规模取缔行动,动輒开罚单对付商家,恐会干扰商业活动,引起非议。

实行消费税是全球普及的趋势,全世界已有多达169个国家实行消费税,欧美国家的消费税率甚至高达17.5至25%之间,亚洲国家如越南、菲律宾、韩国和中国等的消费税,也介於10至17%。

由此看来,我国的6%消费税,是最低的税率。而这些实行消费税的国家,都证明了消费税是健全和对国家经济有利的税收机制,我国人民须乐观看待和积极配合,无须对消费税制感到忧惧。

(星洲日报/星‧观点)

Masalah-masalah Persatuan Kebajikan

Source: http://88karangan.com/karangan-10/

Persatuan kebaikan atau sukarela memang menjadi satu aktiviti murni yang harus diberi penghargaan yang sewajarnya daripada masyarakat kita. Persatuan sebegini sanggup membantu golongan yang memerlukan bantuan tanpa mengira kaum dan agama yang menjadi prasyarat kelebihan mereka. Kewujudan mereka juga memberi satu harapan bahawa semua golongan yang tidak bernasib baik akan menerima bantuan dan sokongan yang sewajarnya daripada mereka ini. Namun, dalam kita semua memberi pujian, persatuan sebegini masih terus menerima pelbagai masalah yang menghalang mereka daripada melaksanakan tugas dengan lebih baik dan sistematik.

Masalah yang paling kronik dihadapi oleh mereka ialah aspek bantuan kewangan yang diberikan oleh masyarakat. Keadaan kegawatan ekonomi yang melanda negara telah menyebabkan semakin ramai masyarakat yang mengurangkan bantuan kewangan mereka kepada persatuan sebegini. Ini menyebabkan mereka tidak mampu untuk memberikan bantuan yang sebelum ini dihulurkan kepada ahli-ahli persatuan mereka. Bantuan kewangan yang tidak tetap dan bergantung mengikut keadaan ini menyebabkan persatuan sukar untuk membuat perancangan jangka panjang atau meluaskan lagi skop bantuan mereka kerana bimbang mereka tidak mempunyai wang untuk melaksanakan sesuatu program itu. Jadi, masalah kewangan merupakan halangan yang paling hebat dihadapi oleh persatuan ini dalam usaha mereka melahirkan masyarakat negara yang hidup harmoni.

Selain itu, masalah yang dihadapi oleh persatuan kebajikan ialah pandangan masyarakat bahawa aktiviti persatuan sebegini tidak begitu menjamin masa depan terutama buat golongan muda. Pandangan yang sempit dan tidak berasas ini menyebabkan persatuan kebajikan kekurangan pekerja terutama golongan muda yang berbakat dalam pelbagai aspek pengurusan dan sebagainya. Kalau ada pun golongan muda yang menyertai persatuan ini hanyalah setakat sambilan atau hanya menyertai aktiviti persatuan pada hujung minggu ketika mereka tiada apa-apa untuk dilakukan. Lantaran itu, banyak aktiviti persatuan tidak kreatif dan sukar melakukan banyak aktiviti yang berfaedah sepanjang tahun kerana kekurangan pekerja akibat persepsi yang tidak baik ini.

Bukan sahaja pandangan yang negatif ini berkaitan dengan peluang masa depan yang gelap malah ada juga masyarakat yang menganggap ada persatuan kebajikan ini mengaut keuntungan dengan menagih konsep simpati masyarakat. Pelbagai kes yang melibatkan penipuan wang derma dan penggunaan kanak-kanak untuk mengutip derma telah didedahkan oleh pihak media massa. Tindakan negatif yang dilakukan oleh sebilangan kecil persatuan telah mencalit arang ke muka semua persatuan yang berniat baik. Sudahlah mereka tidak lagi menerima pekerja yang cukup, wang derma yang kurang malah imej persatuan sudah dikatakan sukar untuk dipercayai oleh masyarakat.

Masalah yang paling kritikal ialah kekurangan bantuan kerajaan dalam memudahkan urusan persatuan kebajikan untuk melakukan pelbagai aktiviti mereka. Sama juga seperti persatuan-persatuan lain, mereka terpaksa mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan untuk melakukan sebarang aktiviti yang dirancang. Memang peraturan amat penting untuk memastikan tidak berlakunya sebarang penyelewengan tetapi peraturan yang ketat ini menyebabkan persatuan sukar untuk berfungsi dengan kekurangan sumber kewangan dan pekerjanya. Jadi, peraturan kerajaan turut memberi masalah kepada persatuan terutama persatuan yang kecil dan tidak mempunyai banyak sumber manusia.

Kesimpulannya, semua masalah yang dihadapi oleh persatuan kebajikan ini memang satu realiti yang kadangkala begitu menyedihkan kerana mereka berhasrat untuk membantu tetapi tidak mampu melakukan yang terbaik. Sikap kerajaan yang acuh tak acuh menyebabkan persatuan tidak boleh bergantung sangat kepada bantuan pihak berkuasa itu. Dalam masa yang sama masyarakat pula tidak memberikan bantuan yang secukupnya untuk memudahkan persatuan melaksanakan aktiviti mereka. Mungkin persatuan harus lebih berdikari untuk mencari sumber kewangan dan berusaha untuk mengikis pandangan negatif masyarakat terhadap semua aktiviti yang mereka lakukan itu.

Isu-isu Yang Melanda Lebuh Raya Kita

Source: http://88karangan.com/karangan-9/

Lebuh raya di negara kita sering dipandang tinggi oleh masyarakat yang menganggap lebuh raya antara bukti negara ini mengalami perubahan kemodenan yang meluas. Semua lapisan masyarakat di negara ini sudah menggunakan lebuh raya dalam kehidupan mereka terutama untuk bergerak dari satu kawasan ke kawasan yang lain atau untuk bekerja. Dalam kita berasa bangga akan kemodenan sistem lebuh raya itu masih ada banyak isu yang melanda kemudahan awam negara kita ini yang mampu memadamkan keberkesanannya jika gagal diatasi segera. Oleh itu, pemahaman tentang isu yang melanda lebuh raya mampu meningkatkan kualiti lebuh raya kita.

Isu yang paling hebat dialami oleh lebuh raya kita ialah isu tol kerana saban tahun kadar harga tol terus dinaikkan sehingga menjadi satu beban pula kepada penggunanya. Kadar tol yang terlalu tinggi ini menyebabkan ramai pihak meluahkan rasa tidak senang kerana jumlah pengguna tol meningkat setiap tahun tetapi kadar tol tidak menurun pula kerana berpendapat semakin banyak pengguna sudah pasti tol akan berkurangan yakni konsep mudah perniagaan. Kadar tol bersama-sama kos minyak menyebabkan kos menggunakan kenderaan sendiri untuk ke destinasi tertentu begitu memeritkan poket pengguna. Maka, isu tol ini harus diperjelaskan dan diturunkan supaya lebih ramai pengguna lebuh raya mampu menikmati kemodenannya.

Kesesakan di lebuh raya juga menjadi bahan kutukan semua pihak terutama ketika musim perayaan atau waktu sibuk ke atau balik dari pejabat. Pengguna membuat kesimpulan bahawa mereka terpaksa membayar tol untuk berada dalam kesesakan lebuh raya padahal lebuh raya berfungsi untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas. Pelbagai alasan dan cadangan telah dikemukakan oleh pihak berkuasa yang menguruskan lebuh raya tentang masalah ini tetapi pengguna beranggapan bahawa mereka hanya memberikan alasan sahaja tanpa melakukan sebarang tindakan yang konkrit untuk mengatasinya kerana pihak berkuasa sedar pengguna tiada pilihan lain. Jadi, selagi isu kesesakan lebuh raya ini tidak diselesaikan selagi itulah pihak berkuasa lebuh raya akan terus menerima kecaman demi kecaman kerana gagal melaksanakan tugas mereka.

Bukan sahaja kadar tol dan kesesakan begitu tinggi tetapi kadar kemalangan yang berlaku di lebuh raya juga menakutkan pengguna terutama ketika musim perayaan. Memang bandingan antara kemalangan di lebuh raya dan jalan raya biasa masih jauh beza tetapi lebuh raya sepatutnya memberikan ruang dan suasana memandu yang lebih selesa dan selamat buat pengguna terutama setelah mengenakan bayaran tol tersebut. Peningkatan kadar kemalangan terutama kemalangan ngeri sering dikaitkan dengan kesesakan lebuh raya dan juga struktur pembinaan kerana banyak kemalangan berlaku di kawasan berhampiran dengan tempat bayaran tol. Sesungguhnya, lebuh raya harus menjadi tempat terakhir yang paling selamat buat pemandu untuk memandu tetapi lebuh raya kita boleh menjadi antara tempat yang paling bahaya untuk dilalui.

Isu terakhir yang melanda lebuh raya ialah pembinaanya tidak mengambil kira aspek alam sekitar terutama kemusnahan hutan dan kawasan habitat flora serta fauna negara. Lebuh raya memerlukan kawasan yang luas untuk dibina kerana perlu ada lebih daripada 3 lorong untuk setiap haluan bersama-sama dengan lorong kecemasan dan sebagainya. Keadaan ini belum lagi mengambil kira keperluan untuk membina kawasan rehat dan sebagainya yang turut mengambil ruang yang begitu banyak untuk dimusnahkan oleh lebuh raya. Jelaslah, lebuh raya menyebabkan banyak kawasan hutan negara musnah dan kehidupan flora serta fauna negara terjejas kerana pembinaannya yang tidak mesra alam itu.

Konklusinya, projek lebuh raya ini masih mengalami pelbagai isu yang boleh menjejaskan peranannya dalam pembangunan negara kita. Masyarakat mahukan kadar tol yang lebih murah tetapi kualiti perkhidmatan yang jauh lebih baik manakala pihak pengurusn lebuh raya kita pula mahukan kadar tol yang lebih tinggi untuk menampung kos pengurusan dan penyenggaraan lebuh raya yang meningkat saban tahun. Pertentangan keperluan dan kepentingan ini menyebabkan semua isu yang melanda lebuh raya akan menjadi satu isu yang sukar untuk dileraikan begitu sahaja. Semua pihak perlu merenung dan melihat secara rasional untuk menyelesaikan masalah ini secara matang.

Kesan-kesan Buruk Yang Timbul Menerusi Kewujudan Iklan

Source: http://88karangan.com/karangan-8/

Pengiklanan merupakan salah satu cara untuk memperkenalkan sesuatu produk kepada masyarakat umum dengan meluas. Penggunaan iklan dalam bidang perniagaan sudah lama diamalkan cuma sejak akhir-akhir ini penggunaan iklan semakin ketara dan dominan terutama di bandar-bandar besar negara maju. Aksi model dan teknik pengiklanan yang menarik sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan masyarakat kerana ada kalanya iklan mampu untuk menghuraikan corak kehidupan masyarakat sesebuah negara itu. Cuma, kita masih tidak menyedari bahawa iklan turut membawa banyak impak negatif yang berupaya untuk memusnahkan norma-norma budaya yang dipegang sejak turun temurun itu.

Salah satu perdebatan yang hebat tentang peri pentingnya iklan berkait dengan penggunaan model di dalam iklan yang kebanyakannya wanita. Ramai yang sudah melihat dan mengakui bahawa model-model wanita ini biasanya akan diperagakan dalam bentuk yang begitu seksi untuk menarik perhatian masyarakat melihat iklan sesuatu produk tersebut. Persoalan ini menjadi lebih hebat kerana produk yang menggunakan model wanita itu tidak mempunyai sebarang kaitan dengan wanita atau produk itu hanya digunakan oleh kaum adam sahaja. Jadi, timbul persoalan sama ada iklan menjadi tempat untuk menayangkan tubuh-tubuh seksi wanita sahaja atau produk?

Selain itu, iklan turut dikritik hebat kerana iklan dikatakan memberikan bayangan kehidupan yang palsu kepada masyarakat terutama golongan muda. Kehidupan yang tidak benar ini sering dikaitkan dengan kehidupan yang mengutamakan sesuatu jenama atau kecantikan merupakan perkara yang penting dalam penilaian diri seseorang manusia itu. Bayangan kehidupan yang palsu ini telah tertanam dalam benak remaja yang kemudiannya terus mempercayai sehingga mereka keliru tentang kehidupan yakni mementingkan sesuatu yang berunsur luaran atau sementara sahaja. Sesungguhnya, iklan memberikan bayangan kehidupan yang mengelirukan terutama kepada golongan muda sehingga mereka lupa tanggungjawab yang sebenarnya.

Bukan sahaja pengguna tertipu dengan bayangan kehidupan yang palsu ini tetapi pengguna juga akan membeli produk yang tidak mereka perlukan kerana pengaruh iklan begitu kuat sehingga mampu membuatkan pengguna membeli barangan yang tidak mereka perlukan juga. Iklan yang ditayangkan berterusan menyebabkan wujudnya satu pandangan bahawa barang yang diiklankan itu memang penting buat pengguna berdasarkan iklan yang ditayangkan. Pengguna seolah-olah dipukau oleh kehebatan iklan yang bijak menggunakan aspek psikologi manusia untuk memanipulasikan mereka. Jelaslah, iklan menyebabkan pengguna membeli pelbagai produk yang tidak mereka perlukan atau ringkasnya berlaku pembaziran.

Kos untuk membuat iklan bukanlah murah dan kebanyakan kos ini akan dipikul oleh pengguna tanpa mereka sedari kerana sudah pasti syarikat iklan dan pengeluar produk tersebut tidak mahu kerugian atau keuntungan mereka menurun akibat kos iklan yang tinggi. Harga produk yang mahal atau tidak setimpal dengan kualiti menjadikan pengguna tiada pilihan kerana semua barang memang diiklankan. Kos yang ditambah akibat iklan menjadikan pengguna membayar sesuatu yang tidak ada kaitan dengan mereka kerana kos itu sudah dimasukkan dalam harga barangan. Maka, iklan menjadikan harga produk begtiu mahal dan membebankan sumber kewangan pengguna.

Kesimpulannya, semua iklan harus dikawal dengan mengenakan syarat-syarat yang ketat supaya hak pengguna terpelihara terutama pengguna yang masih muda. Ibu bapa perlu memberi nasihat kepada anak mereka tentang pengaruh iklan yang boleh mengelirukan seseorang itu. Dalam masa yang sama persatuan pengguna harus meningkatkan kempen tentang impak iklan supaya berlakunya keseimbangan antara iklan produk dan kempen kesedaran. Paling penting setiap individu dalam negara ini memahami keperluan dirinya yang sebenar dan tidak terikut-ikut dengan budaya iklan yang terlalu mementingkan kebendaan sahaja.

郑丁贤 – 未来的首相

Source: http://opinions.sinchew.com.my/node/35852?tid=34

默迪卡民调中心做了两项最新的民意调查。

第一,谁是你属意的未来首相?

叮咚叮咚……,答案:希山慕丁(19.8%)、凯里(8.6%)、阿末扎希(8.4%)、拉菲兹(3.9%)、阿兹敏(3.7%)。

第二,现有领袖之中,谁应该退位?

叮咚叮咚……,答案:安华(62.6%)、林吉祥(58.3%)、纳吉(49.6%)、哈迪阿旺(46.6%)、慕尤丁(42.5%)这两个答案,是否和你心中所想的如出一辙?

或许不是。

调查对象涵盖不同种族和地区,也包括了国阵和民联的支持者,是一个综合的结果。

默迪卡的民调向来有相当高的公信力,是一个参考指標。如果把它当成风向球,有些意思,还能发掘趣味。

譬如,为甚么是希山慕丁?

希山在民间的评价,正负皆有。正面来说,他来自政治世家,祖父和父亲都有很高民望;在传统马来社会,这是一种家族和血统的延伸,也是权力的传承。

希山本身被视为温和的领袖;当然,10年前的举剑事件还会被提起,但是,近几年的言论作风,相当谨慎,成熟许多。在大马,多数人民还是倾向支持中庸的领袖。

而他处理M H370的表现,进退有据,让很多人对他的能力有所改观;他在镜头前流露的诚意和情感,体现了从政者比较少有的人味,提昇了他的亲和力。

负面因素,在於人们印象中的他缺乏政治魄力,少一些突破能力,比起一些同儕,也欠缺吸引群眾的魅力。

排名第二的凯里,正好相反;他让人看到热情和创造力,进而展现为个人魄力和群眾魅力。他近年表现的中庸和开明形象,也获得不同族群的接纳,让他进入主流政治。

但是,他的弱点在於资歷。在重视长幼有序的马来社会,还得接受磨练,也要排好队,一步一步来。

至於阿末扎希,他的强悍作风,爭取到马来保守群体的响应,认为他更加能够维护马来人的权力和地位。

这使到他在马来社会得到的好感,超过他在其他族群社会的评价;他在国阵支持者中的受欢迎,和民联支持者对他的不欢迎,也形成对比。

民联只能靠拉菲兹和阿兹敏排名第四和第五,而且都低於4%;这显示民间对民联执政的机会不感乐观,这之中不乏民联支持者的態度。而两人都来自公正党,显示伊党和行动党毕竟不被视为主流。

无论如何,我倒是认为民间低估了阿兹敏的潜力。以他掌控雪州的资源,加上他的政治手腕,绝对是一个上升股;而且,现有政治疆界和生態的变化,有利於阿兹敏的壮大,10几年后,他会是权力挑战者,甚至是拥有者。

总的来说,目前所有的二线领袖,包括排名第一的希山,受看好的程度都不到20%,这显示民间对未来领袖的属意很分散,找不到一个共同认可的接班人,这也间接巩固纳吉的首相位子。

至於另一个题目,安华高居榜首,被认为是第一个应该退位的领袖,比率超过60%,意见非常一致,应是包括了国阵、中间和民联支持者;这也显出民间的倦怠。

至於林吉祥、纳吉、哈迪和慕尤丁都在榜中,主要是国阵和民联支持者的对立,双方各不满意对方。此外,也传达讯息给老人家们:时间差不多啦!

把两个题目接合起来,有一个结论:人民对现有领袖不满意,却找不到一个共同可以接受的未来领袖。

这是大马政治的尷尬。(星洲日报/非常常识‧作者:郑丁贤‧《星洲日报》副执行总编辑)